PAPADOM SANGAT BEST!!!!

Assalamualaikum semua sahabat² blogger...



rasa cam lama plak tak menulis kat sini... takde idea yg melintas di fikiran ni nak tulis pasal pe... tapi kebetulan hari ni aainaa ngan mak kuar ke bandar... saje jalan²... aainaa cadang kat mak jom g tengok wayang... mak ok jek... pastu aainaa pilih nak tengok citer PAPADOM... yela agak teruja la nak tengok... sebab banyak komen yg aainaa baca mengatakan citer ni best dan sarat ngan mesej.... memang teruja la nak tengok.... semangat berkobar-kobar ni... heheeee...;p






antara babak dalam PAPADOM

banyak elemen yg diketengah kan dalam filem ni... pasal budaya... perpaduan... kasih sayang.... cemburu.. cinta... semua ader... yang paling utama... kasih sayang seorang ayah terhadap anak gadisnya... sangat bertuah anak itu... aainaa tak pandai sangat nak komen lebih² pasal citer ni... bagi aainaa kalo cite tu berjaya buat aainaa rasa tak bosan... makna citer nya best sebab sedar² je dah nak abis...


elemen masyarakat muhibah..♥

citer ni jugak berjaya wat aainaa nangis banyak kali.. sangat sedih ok.... pertama masa Mun meninggal... dan aainaa paling sedih sekali masa presentation filem pendek Mia masa dah nak last² tu... sangat sedih ok.... plus teringat kat arwah abah.... huhuhuu....=( tapi tiap kali tengah layan feeling sedih... terus masuk unsur klako... terbantut nak layan perasaan... huhuhhuhu.... tapi memang di akui la citer PAPADOM ni memang best!!!! so mane yg lum g tengok tu sila² la ye jejakkan kaki anda ke panggung² yg berdekatan ek menonton filem ni...

ni ader sinopsis citer PAPADOM aainaa lampirkan :-

"Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua.. Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan 'Papadom' sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda...."



p/s : Sayangila ibu bapa anda selagi mereka masih ada... mungkin ader cara mereka menzahirkan kasih sayang mereka pada anda tidak kene pada tempat dan ketika nya... tapi percaya la mereka melaku kan itu kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi....


sementara menunggu masuk panggung

♥♥♥...HARGAILAH IBU BAPA KITA SELAGI HAYAT MEREKA MASIH ADA...♥♥♥

2 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira

Aainaa.. Maap sesangat.. Time aainaa tny aritu tak sempat nak dibalas.. Aainaa pn slamat dah nengok.. Sedey kan cite ni.. Pas abes je nengok rasa mcm nak balik jek jumpe abah time tu.. Huhu.. Siap nanges stok hingus lagi.. Haha..

Cite ni lawak pn ade.. Mmg haruslah mnang filem trbaik kot.. Part lawak pling best masa kat skolah ayah dia tny, "johnny depp tu budak skola kamu ke? pggl dia papa nak ckap sket.." hahahaha.. lawak gilerr.. ;p

~ pas nengok cite ni trus tak suke scha.. huhu..

Nur Aainaa Khairunnisa

it's ok hana...takpe...aainaa pun dah selamat tengok....
sebenarnya banyak part lawak dalam citer ni...nak² bila muncul imaginasi afdlin pasal noorkhiriah tu....

tapi kalo part sedih slalu spoil...baru nak layan feeling terus kuar bab lawak...saje je....;p