PANADOL MERBAHAYA???




JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya?? Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.



Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.
Sumber :- http://www.omaQ.org


3 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira

Hmmm.. Mcm sdikit salah faham jek ni.. Dulu mmg rmai org kate mcm tu.. Tapi sbenarnya tak pn.. Kat klinik2 kerajaan pn dorang masih bagi panadol lagi tau.. Atau diknali gak ngan paracetamol.. Kitar hayat ubat ni tak lama dalam badan.. Ubat ni akan ditoksifikasikan dlam 2 atau 3 jam.. Jadi tak akan jadi toksik pada hati kecuali mkan dlam dose yg tak ditetapkan.. Mkan terlalu banyak atau sntiasa makan mcm mende tu vitamin..

Boleh mkn tp mkn je bila perlu.. Sbb tu kalau kat klinik dokter akan bg tau mkan ikut dose, kalau dh tak demam, tak sakit tak pyah amik daa.. Huhu.. Kalau ikutkan bnyk ubat yg boleh bwak toksik pada hati.. Sgt bnyak.. Ubat herba cina tu pn kdang2 bahaya.. Sbb ade steroid.. Kesan jangka masa pnjang pn bahaya gak..

Huhu.. Ksimpulan tak sume bnda selamat di dunia ni.. Mkn ubat bringat laa.. Ikut arahan dose yg diberi.. Pasti slamat.. Heehee..

Nur Aainaa Khairunnisa

tq docHana...=)

aainaa cuma kongsi email ni...
apa yg perli di baiki sila bhtau ek...

Murni

hoho...bila baca tadi jadi takut pula..sebab saya antara pengamal paracetamel 650mg, minum mesti 2 biji sebab kalu 1 1/2 biji memang takder kesan. skg kalu migran makan panadol 1 biji 650mg + 1biji caffox baru ok. tolong suggest sesuatu untuk saya docHana....saya selalu sakit kepala. seminggu mesti kena. kadang bangun pagi kepala berdenyut2 tak tau apa punca n mana silap. tolong saya.

http://epanekal.blogspot.com