Filem Patriotik Malaysia

Assalamualaikum semua sahabat² aainaa....



entri kali ni tetiba terdetik nak tulis pasal filem² patriotik yang ader kat Malaysia ni... yela kita semua dah nak masuk ke bulan kemerdekaan kan...bersesuaian la kan...



ok...kalo kita tengok kat Malaysia ni rasanya filem patriotik yang kita ader dan di hasilkan oleh penggiat filem boleh di kira rasanya... maaf kalo ader yg aainaa tak ingat.... ini antara nya yg aainaa ingat.. "SARJAN HASAN, LEFTENAN ADNAN, EMBUM, PALOH, HATI MALAYA, BUKIT KEPONG"... itu antara yg aainaa ingat... kalo ader yg tertingal...maaf...huhuu....

antara filem² yg aainaa senaraikan...aainaa hanya pernah tengok filem "SARJAN HASAN, LEFTENAN ADNAN, BUKIT KEPONG, EMBUN"... Yang lain aainaa tak penah tengok... paloh tu penahla cuba nak tengok... tapi takleh nak layan la.... huhuuhu....



filem pertama yang aainaa tengok sudah semestinya SARJAN HASAN... dari kecik lagi selalu dimainkan di kaca tv... memang bestla... paling suka part masa dorg kecik... masa dier blaja mengeha tu... best... rajin dari kecik lagi...



filem kedua yg aainaa tengok BUKIT KEPONG.... filem ini mengisahkan perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.



filem ketiga LEFTENAN ADNAN...citer ni aainaa suka...tak tau kenapa....walau di ulang berkali² tetap akan tengok...mungkin cara jalan citer dier menarik dan tak membosankan....sini aainaa sertakan sinopsis cite ni... "Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh."



filem ke empat filem EMBUN...citer ni mengisahkan semangat perjuangan seorang wanita dalam menuntut kemerdekaan...filem ni aainaa thk wayang ok...hehheee...;p sinopsis filem embun "Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi. Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenen Akishi dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian perkosaan terbabit dan menyelamatkan Embun. Embun menjadi lebih sedih apabila ayahnya, Pak Harun dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas."

inila antara filem patriotik tempatan yang pernah aainaa tonton... sempena bulan kemerdekaan ni marilah kita sama² semarakkan nya....



p/s :- anda² semua dah kibarkan JALUR GEMILANG???

2 comments:

Anonymous

bukit kepong, leftenan adnan & Embun..citer tu sume meruntun perasaan..akak pun suke..