Umur Yang Sesuai Untuk Berkahwin.

Assalamualaikum semua.....
sabar semua...jangan terkejut baca tajuk entri kali ni...heheheee....bukan aainaa nak kawin.....hehheee...;p



tadi dok bersembang ngan mak pasal angah aainaa...yela dier tu dah ader makwe..family sama family pun dah kenal...tapi ntah bila nak kawin nya....umo angah pun dah 28 tahun ni....mak pun teringin nak tengok angah tu kawin..yela dalam 3 org anak dier ni...angah tu je yg ader makwe....hahaaa....along dulu ader...tapi skang aainaa pun tak tau la ader ke tak....aainaa?? hahahahaaa...single ok....wah pengakuan....=)



ok....bila dah sembang ngan mak pasal tu,tetiba terpk...pada pandangan anda² semua tentang umur yang sesuai untuk berkahwin? bagi aainaa...bukan bergantung pada usia tetapi sejauh mana kematangan seseorang tu...maksud aainaa matang dari segi tanggungjawab....kalo duit dah cukup tapi rasa tanggungjawab tu takde takleh gak..mau haru biru rumahtangga tu...betul tak? pemikiran pun harus la matang...yela bila nak buat sesuatu keputusan tu perlulah berfikir ngan matang dan waras...bukan leh ngan sambil lewa dan tangkap muat jek.... tanggungjawab dalam perkahwinan ni cukup berat...sebab bukan hanya membabitkan pasangan suami isteri je, malahan keluarga di kedua-dua belak pihak....satu keluarga yang besar...itu pendapat aainaa....



aainaa ader sikit cari info tentang usia yang sesuai untuk berkahwin :-

"Aisyah r.a adalah satu-satunya seorang perawan (dara) ketika diperisterikan oleh Rasulullah SAW. Bahkan ketika itu umur beliau masih kanak-kanak lagi sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a. maksudnya:

“Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang (ketika itu) ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun”..

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut Mazhab Empat, Islam tidak menentukan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna bahawa kanak-kanak kecil juga boleh berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu”.
Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Hal ini bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana hakikatnya kebenaran dari Mahkamah adalah bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis tersebut dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumah tangga demi menjaga kepentingan kanak-kanak tersebut. "

okla dulu...kalo ader cadangan atau mahu berkongsi pendapat...sila² kan la berkongsi....

p/s ;- aainaa akan ke kl petang ni sampai hari isnin...so aainaa tak mungkin online untuk tempoh itu....kalo ader yg rindu (wah ader yang rindu ke???) tu sms la...ok semua....have fun di hujung minggu....=)

2 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira

Aainaa.. Nak tak jadi adik ipar kita??? Kata alongnya kosong.. Wakakaka.. =p

KIta nak kawen umo 24.. Pas kawen jek tros grad.. Snang sket nnt.. Kalo da stat keje alamat xde time utk hidupku nnt.. Heehee.. Tak dan cari bopren.. Kene tggu 2 tahun baru hidup manyak lega.. 26??? Oh.. Lambat sgt daa.. Ekekeke.. Nak anak at least 3 ord sblom umo 30.. Heehee.. =)