Kekejangan Otot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Bismillahirrahmanirrahim...

"Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami."



Apa khabar kawan-kawan aainaa semua di hari Ahad ni? Aainaa harap anda-anda semua sihat dan sentiasa di dalam lindunganNYA....amin....

Wah...mukadimahnya...hheheheee...;p Apa la entri aainaa kali ni ek...Hari ni aainaa nak cerita pasal kekejangan otot...Kenapa plak Aainaa nak cerita pasal kekejangan otot ni? siapa antara anda-anda semua pernah mengalami kekejangan otot? angkat kening!!!



Sebenarnya awal pagi tadi sebelum subuh, setelah sekian lama tak kene...tetiba je Aainaa kena kekejangan otot kat bahagian betis ni....adui sakitnya...luruskan kaki pun sakit, lipat pun sama gak sakit.....camner nak buat ni? last² terus Aainaa terus bangun dan terus duduk cam antara dua sujud tu...orang panggil duduk apa tu? bukan bersimpuh kan...Tak kira la apa nama panggilannya...anda-anda semua faham kan camner kan....Bila dah duduk camtu rasa lega skit...dah tak menarik lagi otot tu....tapi bila luruskan balik kaki tu, masih lagi ada rasa sakit tu...Tengah menulis ni pun masih ada rasa kesan sakitnya...Aainaa selalu perasan, Aainaa akan mengalami kekejangan kat betis ni bila cuaca sejuk....Ada kene mengena ke?

Datang rajin pagi² ni....Aainaa pun melayari internet ni...wah ayat...heheee.....cari la sikit info pasal kekejangan otot ni....ini ada sedikit info pasal kekejangan otot untuk di kongsi kan bersama....



"Masalah kekejangan atau cramps seringkali digunakan untuk menggambarkan keadaan kesakitan yang melibatkan kekejangan pada otot tersebut dan selalunya cramps yang sebenar adalah sangat menyakitkan.

Ianya disebabkan pengecutan akut secara tidak terkawal (involuntary) dan selalunya menyukarkan pergerakan. Masalah cramps ini harus dibezakan dengan masalah kelenguhan otot kerana kedua-duanya adalah masalah yang berbeza.

Kelenguhan pula selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan atau kurang rehat dan ini menyebabkan pengumpulan asid laktik di dalam otot berkenaan yang menjalankan aktiviti anaerobik (tanpa oksigen), di mana aktiviti otot berlaku di dalam kekurangan bekalan oksigen kepada otot. Selalunya kelenguhan akan pulih dengan berehat dan ini memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan dan asid laktik yang terkumpul akan dikumuhkan. Terdapat banyak teori berkaitan dengan cramps ini termasuklah keadaan dehidrasi, kekurangan garam mineral (elektrolit) tertentu dalam badan seperti potassium, sodium dan kekurangan karbohidrat atau keadaan otot yang terlalu tegang.

Akan tetapi teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan cramps tersebut. Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah cramps adalah otot di bahagian betis, akan tetapi otot-otot di bahagian lain juga boleh terlibat.

Rawatan bagi masalah cramps ini pula termasuklah meregangkan semula otot berkenaan dan menggunakan tuaman ais. Lebih penting lagi bagi masalah cramps ialah pencegahannya dan cara mencegahnya termasuklah senaman yang konsisten dengan meregangkan otot-otot (stretching), membetulkan postur badan dan mengimbangkan otot, conditioning otot-otot untuk aktiviti khusus dan persediaan mental. Cara senaman yang khusus boleh diperoleh melalui latihan dengan jurulatih dan jurupulih anggota atau ahli fisioterapi bagi mengaturkan program latihan dan menguatkan otot-otot dengan cara yang betul. Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, dua hingga tiga jam sebelum latihan, pengambilan air dan garam mineral (elektrolit) yang secukupnya juga adalah penting dalam pencegahan cramps.

Pencegahan cramps melibatkan mengekalkan aktiviti otot yang normal sepanjang latihan atau sukan dan pemulihannya sewaktu rehat dengan regangan otot (stretching) dan urutan (massage). Dapatkan rawatan lanjut sekiranya masih berlaku masalah cramps tersebut termasuklah ujian darah untuk memastikan tahap garam mineral (elektrolit) dalam badan anda."

ini saja yang Aainaa nak kongsikan dengan anda sekalian...semoga info yang Aainaa sertakan ni memberi manfaat dan pengetahuan berguna untuk anda-anda semua...kita jumpa lagi di entri akan datang....=)


2 comments:

pal7

erk..
sakit x aina?..
pal jarang sangat kejang2 nih..
lupa da cmner rase..hehe

Nur Aainaa Khairunnisa

mau tak sakit....tapi leh tahan lagi...