Konsert Kedua Mentor 3

Pada 10 mei yang lalu berlangsung sudah konsert kedua mentor3 menyaksikan permulaan persaingan dalam kumpulan A yang terdiri daripada Chaq (protege Ajai), Fira (protege Lah) dan kumpulan Evo (protege Jac)...minggu ni bermulala kritikan dan penjurian bermula....Terdapat sedikit perubahan dari segi format bagi Mentor musim ini. Markah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus dari juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus lagi melalui juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan muzik, wartawan hiburan, penerbit rancangan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik. satu kelainan cuba diperkenalkan oleh pihak penerbitan mentor.... harap² pemenang musim ini akan lebih berkualiti dan menyinar....


berbalik kpd konsert minggu ni,para peserta perlu melakukan persembahan secara individu dan berduet bersama mentor masing²...persembahan dimulakan dengan Fira yang mebawakan lagu Allahyarham Sudirman hj Arshad "merisik khabar"....pandangan aainaa,erm ok...tapi knp sore dier camtu...rasanya sebelum ni tak camtu..persembahan solo dier tak berjaya menarik perhatianku...tapi bagi aainaa persembahan vokal dier bagus...Untuk persembahan kedua berduet ngan Lah Ahmad lagu "Jangan ada dusta diantara kita"....persembahan yang mantap....tapi props lak kasi masalah leh lak tirai tu tumbang...nasib tak jejaskan nyanyian n tak jatuh ats fira...kalo tak konfem akan ader kecederaan...


seterusnya persembahan dari kumpulan Evo ngan Jac duet lagu "pergi untuk kembali". persembahan bagus...harmoni suara dah ader nampak keserasian tapi dari segi persembahan still ader nampak kurang serasi bersama...persembahan kedua mmg mengejutkan...dorg bawa lagu dato' ct "Cindai dan Seindah Biasa" yg di susunatur semula muziknya...mmg satu kelainan n dorg berjaya bawa lagu dengan begitu bagus...mmg mengagumkan...tahniah untuk kumpulan Evo..


persembahan ketiga dari Chaq membawakan lagu dari Afghan "Terima Kasih Cinta"...lagu ni betul² menonjolkan vokal sebenar chaq...tak dinafikan suara dier syok wo..layan...dah la lagu tu slow...kawalan vokal amat penting n chaq berjaya di situ....persembahan kedua chaq menyanyikan lagu adik dier sendiri, stacy "gagap"...duet ngan ajai tu..ajai menari...itu sebenarnya dinantikan penonton...tapi vokal chaq sedikit goyang masa nyanyi lagu ni...tapi keseluruhan persembahan mantap.....

persembahan selingan dari Nurul Shuhada pun mantap...wa'pun dier tak berjaya menjadi protege Adibah Nor ternyata persembahan lagu "I will survive" berjaya memperlihatkan kehebatan vokal nya.....mungkin bukan rezekinya bukan disini...

secara keseluruhan persembahan untuk konsert ini mmg mantap² n persaingan yg sengit...persembahan Chaq paling menarik perhatian penonton dan mendapat pungutan markah paling tinggi iaitu 67.9 peratus. kumpulan Evo mendapat 56.4 peratus manakala Fira mendapat 39.7 peratus.

p/s : ini hanya pandangan peribadi sebagai pemerhati...bukan secara profesional...=)

0 comments: